Wednesday 13 January 2016

Part Two

Huh~ very tired!

Tubuh dicampak ke couch. Beg ditikam ke atas meja kopi bersebelahan. Berserabut rumah macam hitariman punya rumah.

Nurul memandang siling dengan fikiran mengelamun. Seharian dia menghabiskan masanya di rumah Aqmal. Kediaman pesakitnya. Elok pekerti saja rupa Aqmal. Tiada kurangnya. Mungkin sebab dia fikir, isterinya telah kembali ke pangkuannya. Tapi, apabila dia menyuara hasrat untuk pulang ke rumah pada si ibu, Aqmal mula menyinga.

"You nak pergi mana?" Kosa kata Aqmal mula berubah. Nurul menarik nafas sebelum dihela berat.

"Tak ke mana la. Saja nak ajak ibu keluar kejap. Lama dah ibu tak keluar, kan ibu?" Soalnya pada si ibu mohon pengertian. Namun, si ibu seakan juga tidak merelakan pemergiannya.

"Nanti-nanti la Intan bawak ibu jalan. Hari ni kan Intan baru balik. Intan mesti penat.." Pujuk si ibu. Menghantar isyarat boleh-duduk-sini.

Okay. Fine. Sudahnya sampai Aqmal tidur baru dia beredar. Itu pun esok, seawal pagi dia kena bergegas ke sana semula. Takut Aqmal meroyan. Takkan ini saja method yang ada?

How it's going?

Text daripada Dr. Harni dibuka. Long way,doc. Sangat jauh lagi perjalanan dia. Dia juga tidak tahu bagaimana hala method yang ingin digunakannya.

+ It's that the only method we have?

- What wrong?

+Puan Harya asked me to stay with them?

Tanda soal diberikan. Dia juga tidak mengerti, adakah itu satu-satunya cara. Aqmal tidak mahu melepaskan hakikat yang sebenarnya. Dia tidak mahu menerima kenyataan, Intan Zahida, isteri kesayangannya merangkap flight attendant itu telah meninggalkan dirinya. Snap out, babe~



Sementara di sana, Dr.Harni senyum. Kakaknya sangat memahami hasratnya. Dia juga mahu Aqmal menerima hakikat, tapi kenyataan itu terlalu berat untuk Aqmal terima setelah bercinta dengan Intan hampir sedekad usia hubungan mereka. Menghantar Nurul Khalis, doktor muda yang sentiasa berusaha lebih daripada orang lain semenjak dirinya putus dengan Dr.Iqmal adalah jalan yang terbaik. Nurul Khalis pasti akan berusaha sehingga pesakitnya sembuh. Peratus untuk Nurul Khalis meninggalkan tugasnya untuk diambil alih oleh orang lain sangat rendah. Walaupun dia tahu, peribadi dengan kerja tidak boleh dicampuradukkan. Itu la satu-satunya cara yang dia nampak sekarang.

+Doc, are you still there?

Text daripada Nurul mematikan lamunan Dr.Harni. Lewat malam begini, dengan 24hours on call, mindanya lelah memikirkan jawapan.

-Figure out yourself. Later tell me the progress.

Nurul mencampak smartphonenya  jauh-jauh. Tertekan dengan jawapan daripada Dr. Harni. What? Figure out myself? Stay there? Being crazy like Aqmal?? Of course not.

Kakinya menendang hujung couch. Huwa~~~~ Umi!!! Nurul nak balik. Nurul tak mau jadi doktor gila lagi. Itu yang Uminya selalu kata.



"Kawu ya, iboh jadi doktor gila bah. Masalah kawu lagi settle, ada hati mok settle masalah orang lain.." Marah Puan Aine pada hari dia diterima kerja di Hospital Kuala Lumpur. Setelah sebulan bercuti sejak graduation, dia dipanggil untuk lapor diri di Hospital Kuala Lumpur. Of course dia suka, akhirnya dapat kerja tetap.

Terkikih adik beradiknya yang lain mendengar Puan Aine memanggil Ngah mereka doktor gila. Mana tidaknya, kenyataan yang dikatanya Puan Aine itu lagi kelakar daripada daripada gelaran yang diberikan.

"Korang sedap je kan ketawa.. Orang jadi ni sebab suka nak tolong orang lain.."
"Eh~ iboh ja kedak ya. Tolong umi pun susah.." Menambah garam dalam kata. Mula la tu. Mula-mula sari berita penting. Kalau Puan Aine dah bukak hakikat balik-cuti-tak-reti-nak-tolong, baik diam.

Al-kisah sebenarnya, Puan Aine terkilan. Anaknya dipanggil lapor diri di Hospital Kuala Lumpur. Kenapa tidak dekat Hospital Miri saja? Tidak pun setakat dalam Bumi Kenyalang, sekurang-kurangnya mudah anak itu untuk pulang. Kenapa mesti tanah semenanjung juga yang dia dapat? Hati ibunya risau perihal anaknya yang tidak tentu di Kuala Lumpur sana. Bukan dia tidak tahu Kuala Lumpur tu bagaimana situasinya. Acapkali menjejakkan kaki ke sana, hatinya tetap tidak mengemari menjadikan Kuala Lumpur sebagai tempat tinggal.

"Ala, umi. Nanti kalau orang dapat cuti orang balit la.." Nurul memujuk. Faham sangat dengan kerisauan Puan Aine.

"Mun kawu dapat cuti.. Doctor tok bukan robot kah? Susah alu mok dapat cuti?"

"Bena ya, umi.. Mun sekali dah dapat job, dapat case.. Susah alu mok lepaskan dirik.." Celah Ida. Adiknya yang kini bertugas di Sapura sebagai MIS. Nurul menjengil mata.

"Diam la. Nanti kalau orang dapat cuti, konfem la orang balit.." Nurul menyakinkan Puan Aine. Sebolehnya dia mahu job di sana. Dia tak kisah lah di mana pun diletakkan, janji dapat kerja. Zaman sekarang apa kira, banyak saja graduan yang menganggur. Dia tidak mahu disebabkan hal rumah saja, dia tidak dapat kerja di mana-mana.

"Mun kawu sik balit.. Belanja umi tiket ke sinun.." Kata putus daripada Puan Aine yang menyebabkan Nurul memeluk ibunya sakan. Akhirnya~ finally kata orang putih.

When you tell me I'm a wreck
You say that I'm a mess
How could you expect anything less?
You latched onto me then cried that I strung you along
I told you when you asked
I knew this wouldn't last
At least I could be honest about that
And now you're telling everyone
How I only did you wrong
I guess you never knew me at all


Berulang kali suara David Ryan menjerit minta diangkat. Nurul menggaru kepala yang masih dibungkus dengan tudung. Eh~ aku ni tak mandi ke tadi? Bahana si Aqmal, balik terus tidur. Ish ish~ apa punya anak dara. Kensel nak ambik jadi menantu.

Sekian kali si David Ryan menjerit 'Tell Me I'm A Wreck" . Ye ye~ kejap la.. Smartphone yang dicampak tadi digagau. Mana la dia pergi ni.. Ha~ jumpa pun.

"Assalamualaikum~" Suara sengau dengan tak cukup kalsium menyapa.

"Waalaikum salam," Suara tak semengah dia menjawab. Malasnya.

"Anak, Aqmal mengamuk. 'Intan' lari lagi.. "

Terus bulat mata Nurul. Eh~ bukan tadi dah makan ubat ke? Of course dia stay sleep till morning, but why??

Tegak duduknya. Cemas menguasai hati. Macamana pulak jadi lagu ni? Apa ceq nak buat? Takkan tengah malam, kejap. Tengok jam. Matanya mencari jam tergantung di dinding ruang tamu.
0306.

Mak aih~ pak cik.. nak meroyan pun tengok la jam.. Nurul menggaru kepala lagi. Nak buat apa ni? Dr.Harni. Sebaris nama itu hadir di minda. Brilliant! Smart jugak.

"Puan, saya telefon Dr.Harni. Nanti sekejap lagi saya sampai. Tengokkan Aqmal.." Pesannya sebelum meletakkan panggilan.

Letak saja panggilan daripada Puan Harya, nombor kecemasan Dr.Harni didialnya. Doc, please. I need you~

"Hello!"

"Assalamualaikum, doc. Where are you?"

"Still hospital. On call. Why?"

"Aqmal. Upset of me being away. So, sekarang dia tengah meroyan. Kasihan Puan Harya.." Nurul cuba menjelaskan keadaan.

"Awak singgah hospital dulu. Pastu awak ke sana.. Cepat!" terus panggilan dimatikan. A what?? Nurul tergamam sebentar.

Singgah hospital dulu? Omaigad~ Home-HKL-BB??? I tak suka nak drive memalam ni.. Nurul merengek sengsorang. Hish~ Nurul cengeng sangat na~ Dah hang nak jadi doktor, kena la bersedia dari masa ke semasa. Aku dah la tak mandi lagi. Yadoi~

Dalam hati tak rela, tubuhnya bergerak ke almari. Mengambil baju yang sesuai, pakaian dalam, barang-barang keperluan yang lain sebelum 'terjun' ke carpark. Istilah terjun paling sesuai digunakan pada masa itu. Memang dah tak jejak tanah dah.



Baru melepasi tol, Dr.Harni menelefonnya sekali lagi. Handset dipasang.

"Where are you?" Suara risau Dr.Harni menyapa.

"On my way. Baru lepas tol."

"Cepat. Kak Harya dah risau sangat-sangat dah. Dia cakap you going out somewhere.."

"Okay. I'm on my way.." Handset dimatikan. Adeh~ jadi pemusafiran lah dia ni.

10 minit tiba di HKL. Dr.Harni menanti di pintu utama. Dengan ambulans. A what again?? Doc, are you serious?? An ambulance?

"Why?" Itu soalan yang keluar dari mulut Nurul. Lain yang hendak ditanya lain pulak yang terkeluar.
 
"I thing he need to come here. We need to pantau him all of time." Terang Dr.Harni. A great decision. Brilliant! Kenapa tak sebelum ni lagi? Detik hati Nurul. Sedikit sakit hati.

"Why again?" Soal Nurul perlahan. Bimbang kena maki juga dengan Dr.Harni ni nanti.

"Before that, can you lead the way.. We are moving there. Kak Harya can't hold him forever.." Tungkas Dr.Harni sebelum menjawab soalan Nurul.

Ah~ Aqmal. I forgot that guy. Poor patient, dapat doktor pelupa macam dia. Tanpa bantahan dia mengetuai misi mengambil Aqmal daripada rumah untuk ditahan di HKL. Kalau semua benda dilakukan awal, tiada juga dia terjebak dalam penipuan aku-bini-aqmal ni.


Aqmal mundar mandir depan pintu. Menunggu kedatangan 'isteri'nya yang dikatakan keluar beli barang sekejap. Apa beli barang tengah malam? Tahu la NSK buka 24/7, tak payah la sampai tak boleh tunggu pagi besok. Bahaya!

"Ibu kenapa tak tahan dia dari pergi?" Jerkah Aqmal membuatkan Puan Harya terdiam. Sedikit hati tuanya merasa menjauh. Namun , dipujuk kerana anaknya masih sakit.

"Ibu tidur tadi. Mana ibu tahu dia keluar," bohong si ibu. Risau juga hatinya melihat tingkah Aqmal. Tambah risau juga apabila menerima pesanan ringkas dari Dr.Nurul menyatakan bahawa ambulans dalam perjalanan.

"Aqmal, cuba kamu bawak duduk. Naik pening ibu tengok kamu ke hulu ke hilir.." Pujuk Puan Harya.

"Aqmal takkan jadi macam ni kalau ibu tahan 'Intan' daripada pergi.." Mata Aqmal memandangnya tajam. Puan Harya menelan air liur. Anaknya mula bersifat agresif. Dia memandang sekeliling mencari kemungkinan Aqmal mencederakan dirinya sendiri atau dirinya jua.

"Ya, Ibu salah. Dah 'Intan' cakap dia nak beli barang, pastu nanti dia balik.. Ibu izinkan la.." Puan Harya cuba untuk membela diri. Mana tahu berjaya untuk pujuk Aqmal.

"Lain kali, kalau bukan dengan Mal, jangan bagi dia keluar. Kalau tak, jadi macam ni. Tak tahu jalan balik.."

Sesi gaduh-bela diri Puan Harya dan Aqmal sepi. Mata kedua menangkap bunyi kereta menghampiri laman rumah. Laju Aqmal berlari keluar.

"Intan!" Sebaris nama itu dilaungkan. Nurul yang baru keluar kereta dan diiringi dengan Dr.Harni serta pembantunya kelu sebentar. Dr.Harni memandang Nurul mohon penjelasan.

"Intan?" Dr.Harni bertanya. Nurul diam tanpa kata. Aqmal menghampirinya lantas memegang tangannya kejap.

"Intan ke mana sayang.." mata Aqmal pandang tepat ke dalam matanya.

Nurul kaku. Kanan kiri mohon tindak balas daripada dirinya. Puan Harya keluar dengan memeluk tubuh. Hanya mampu memandang daripada jauh.

"Intan kenapa dengan ambulans ni? Intan sakit ke?" Nurul mengeleng. Tangan Aqmal dipegang. Pembantu yang lain bersedia untuk sebarang kemungkinan. Dr.Harni memandang kakaknya dan drama sedang dimainkan anak buahnya. 

"Look.. We need to go to hospital. You need a treratment.." pujuk Nurul.

"How come I need a treatment? I'm not sick.." Aqmal menolak. Dia kelihatan gusar. Tangan Nurul masih digenggam erat.

"I don't need a treatment. I just need you beside me. That's it.." bentak Aqmal bila Nurul cuba berdiplomasi lagi.

Dr.Harni menghampiri. "Look, dear. She not your wife. Intan was run away, darling."

Sebaris ayat Dr.Harni menyebabkan Aqmal sentap dan mula menyinga. "She what??? She is here. She is Intan Zahida, my wife.." Tubuh Nurul dipaut ketat hampir dengan tubuhnya. Seolah tidak mengizinkan sesiapa untuk mengambil Intan Zahida daripadanya.

Pembantu-pembantu mula bersiap menghampiri Aqmal dan Nurul. Parah dibiar berlama. Aqmal mula bersikap agresif. Nurul dijadikan perisai untuk mengelakkan dirinya ditangkap oleh pembantu perubatan. Nurul di tengah-tengah pening kepala ditarik ke sana ke mari.

"Doc, do something.." Rayu Nurul pada Dr.Harni. Semuanya menjadi huru-hara. Dr.Harni mati kutu. Puan Harya sudah basah wajahnya kerana risau doktor muda yang dijadikan orang tengah oleh Aqmal.

"Aqmal!" Jerit Nurul satu oktaf. Sakit benar tubuhnya ditarik ke sana ke mari. Menjadi perebutan antara Aqmal dan pembantu perubatan.

Kedua pihak berhenti sesi tarik menarik. Terkejut.

"Why dear? Are you hurt?" Rasa macam nak cucuk saja biji mata Aqmal apabila telinga Nurul menangkap soalannya.

"Are you hurt, you asked me?? Of course yes. Ingat orang ni patung ke nak tarik-tarik?  Awak berdua ni dah kenapa tarik saya juga?? Yang nak dibawa dia ni..." Sergah Nurul. Kedua pembantu perubatan itu hanya menikus.

Idea tak bijak sungguh dibuat nak bawak pesakit ke hospital. Cuba la bagi sedative injection dengan si Aqmal ni ke, tarik si Aqmal ni daripada dia ke. Ini tidak, dia yang ditarik sampai tangan nak tercabut. Siapa pesakit sebenarnya?

"I'm so sorry.. I tak nak ke hospital. I don't need a treatment. I just need you.." Rayu Aqmal dengan muka simpati.

"But you are sick. Please. We need to go to hospital, do a check up. If you don' t, I bawak you balik. Kalau tak, you will stay for awhile at hospital.." Ucap Nurul senafas. Kalau dicakap lembut tak dengar, meh sikit kita berkeras.

"Okay.. But I want go with you. Don't want with that car.." Sumpah suara Aqmal yang macho itu berubah macam suara budak lelaki sembilan tahun.


Aqmal tidur selepas diberi sedative injection . Dr.Harni dan Puan Harya berpelukan sesama mereka. Nurul menjadi pemerhati pada mereka berdua dan juga 'suami' yang sedang nyenyak dibuai lena.
Fikirannya melayang mengingati sebabak drama yang dibuat Aqmal sebaik saja mereka sampai ke HKL. Mati-mati Aqmal tak mahu turun daripada kereta. Denied yang dia sakit. Jenuh mereka memujuk sampai dia bersikap agresif memaksa Nurul memberi dose midazolam injection kepadanya.
 
Wajah tenang Aqmal direnung. Apa sebenarnya berlaku between you and her? Kenapa dia tinggalkan awak? Soalan demi soalan menerjah minda Nurul menyebabkan dia bermonolog sendirian.  Dalam diam, mengharapkan ada hari cerah buat pesakitnya itu.


No comments:

Post a Comment

Suggestion? Opinion?