Wednesday 3 February 2016

Part Two

 N kelam kabut menyiapkan hidangan pelanggan. Begini la jadual hidupnya. Jika tidak masak di Spirited Village, dia akan masak di Unique Ramyeon. N rasa tak boleh hidup kalau tak masuk dapur walaupun sejam. Dunianya hanya dapur. Kawannya hanya la kuali, senduk dan belanga.

"Special ramyeon siap!" Jerit N daripada dapur. Adik kembar lelakinya menjadi waitress. Ayah mereka hanya duduk sementara N masih ada di Unique Ramyeon. N seboleh-boleh tak mahu melihat ayahnya memasak lagi. Biar dia saja masak, tapi sudahnya ayahnya menghantar dia jauh ke bandar untuk belajar memasak.

"N, Veggie Special Ramyeon 3." Pesanan baru daripada Nino mematikan khayalan N.

"Siap!" pantas tangan menguatkan api dan mula memasak. Masak, adalah satu kepakarannya sejak ibu meninggal dunia ketika dia berusia 10 tahun. Ibu pergi akibat barah payudara stage 3. Tak mampu cover kemeoterapi, akhirnya ibu mengalah demi dia dan Nino.

"N, kamu penat ke? Ayah tengok kamu mengelamun je.." hee~ ayah ni nampak aja..

"Tak ada la. Just teringatkan Ibu." N senyum. Tahu ayah juga merindukan ibu mereka. Mesti lagi mendalam. Cinta hatinya pergi. Uh~ sedihnya.

Tuan Irsy senyum segaris. Anak perempuannya itu sungguh seiras dengan arwah isterinya. Sedikit sebanyak mengubat rindunya pada Anita.

"Kamu nak naik dulu ke?" Soal Tuan Irsy lagi. Faham jika anaknya itu ingin pamit rehat. Esok dia harus pulang ke Spirited Village lagi.

"Belom. Nak masak untuk kita pulak. Tunggu Nino habis kemas."  N bangun untuk masak makan malam. Yang  sebenarnya dia mahu mengelak daripada soalan-soalan ayah tentang Spirited Village. Sungguh~ dia tak suka sana. Horror~ nightmare semua ada.

"Nino! Cepat kemas. Pahtu serve untuk raja Irsh pulak.." Nino mendengar sengih. Ada-ada saja N ni.

"Ai~ ai~ kapten!" Dilajukan tangannya mencuci semua pinggan mangkuk pelanggan tadi. Hari minggu dia dan N mengambil kerja sambilan di Unique Ramyeon.  Seminggu di bandar buatkan mereka penat dengan kerja mereka, tapi pulang ke sini adalah satu kepuasan walaupun penat. 

Ayah sudah terlalu banyak berkorban demi mereka berdua. Tak salah jika kini mereka berkorban pula. Lagipun, ayah tiap kali diajak tinggal di bandar, katanya sini ada arwah ibu. Dia tak mahu tinggalkan arwah ibu keseorangan.



Selesai semua, mereka sekeluarga mula menjamu selera sambil bertukar kisah hidup masing-masing. Tuan Irsy sekadar menjadi pendengar. Bila Nino bercerita,  N menyampuk. Tapi bila N bercerita Nino khayal dalam dunianya sendiri. Sesekali melihat telefon pintarnya.

"Oi~ berangan apakah? Makan situ! Sengih sengih. Ingat mak we ke?" Usik N bila melihat Nino tersengih-sengih sendirian. Sedangkan dia dan ayah sedang bercerita kisah dahulu kala. Masa ibu masih ada.

"Tak. Aku cuma...."

"Kalau rindu, bawak la ke mari. Kami nak jumpa bakal isteri kamu tu.." Tambah Tuan Irsy. Lapang hatinya melihat anak-anaknya mahu melangkah ke fasa seterusnya.

"Ayah.. bukan la..." Nino tambah malu. Itu la. Di meja makan jangan ke laut. Kan dah kena.. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar.

Nin, kau di mana? Temankan aku minum.

Mesej dari Hong buatkan Nino resah. Kalau minum mesti ada benda yang ganggu jiwa Hong. Hong itu orangnya simple. Tak boleh resah. Susah hatinya.

Aku di Unique Ramyeon. Kau di mana?

Aku otw. Kau tunggu situ. Aku  bawak minuman.

"Kenapa Nino?" soal N. Riak Nino berubah. Fokus Nino tidak bersama dia dan ayahnya. Nino geleng. Telefon disimpan semula dalam poket.

"Hong nak datang. Ajak minum. Ayah, Hong tido sini malam ni boleh?" Tuan Irsy angguk. Senyum menghiasi wajah.

"Ramai-ramai lagi baik."

"Ayah ni. Habis orang nak tido mana.."  N merengek macam anak kecil.

"Kau tido luar. Aku dengan Hong tido dengan ayah." Sakat Nino sakan.

"Ayah ni.. N baru plan nak tido dengan ayah. Merajuk. Balik terus la malam ni." N terus bangun selesai mengemas meja. Membawa semua pinggan kotor ke sinki.

"Kau ni.. minggu lepas dah turn kau tido dengan ayah. Minggu ni turn aku pulak la.." Balas Nino. Tuan Irsy mengeleng. Ada saja Nino nak sakat si Kakak. Walaupun mereka kembar, dan N keluar awal, tapi N selalu dibuli oleh Nino. Sudahnya semua orang ingat Nino abang.

Tuan Irsy senyum lagi. "Anita, awak tengok anak-anak awak.. Besar dah mereka. Rajin. Baik. Saya hanya menunggu anak kita kawen, baru saya jumpa awak. Awak tunggu ya~" Bisik hatinya. Sungguh dia rindu mereka berkumpul sekeluarga. Walaupun dia risau akan N di bandar, tapi dia mahu N berdikari sendiri hidup tanpa dirinya.



"Kau kenapa sanggup datang jauh macam ni? Tak ada praktis ke?" Soal Nino melihat Hong minum Beer dengan rakusnya. Nasib Hong belikan dia Coca-cola, kalau dibeli hanya la beer, memang dicekik Hong tikam ke laut.

Hong mengeleng. "Ken voice injured. Tak boleh nak proceed recording."

"Dah tu, bukan korang kena praktis dance ke?" Soal Nino lagi. Hong hanya menbalas dengan jelingan.

"Hoi~ menghalau nampak." Nino sengih.

"Bukan apa. Jarang kau sanggup datang ke Unique Ramyeon ni....."

"Sebut pasal ramyeon, ada lagi tak? Kau masakkan untuk aku satu..." potong Hong. Tanpa fikir panjang, Nino mencepuk kepala Hong. Lahabau punya kawan.

"Aku waiter. Kakak aku tukang masaknya."

"Ha~ kau ada kakak? Pandai masak? Introduce dengan aku..." Hong merayu separuh mabuk. Nino gelak buruk. Kepala Hong ditunjal.

"Hantu punya kawan macam ni nakkan kakak aku budiman tu??? It's a big N.O."

"Ala, Nino... sekali je. Date je. Aku janji aku belanja kau apa saja yang kau nak..." Hong merayu lagi.  Nino bengang diketuk kepala Hong berulang kali. Ni la padahnya mabuk. Sedar ke tak, Nino sendiri kurang pasti.

"Hoi~... kau tinggalkan benda tu dulu... Baru kau datang balik buat request." Tegas Nino. Hong meraup wajahnya. Konon nak bagi sober. Aha~ ye la sangat.

"Tapi, sekarang aku nak makan ramyeon dulu. Hakak kau dah tido ke? Suh la dia masak satu untuk aku.. lapar. Kau tau tak...."

Sebelum Hong bukak hikayat kenapa-Hong-lapar, Nino bangun. Pergi ke dapur. Dilihat N belum lagi naik rumah. Masih mengemas dapur. Selesaikan apa yang patut sebelum pulang ke bandar esok.

"N, kau belum naik lagi? Ayah mana?" Nin buat-buat buka pintu peti sejuk. Mencari sesuatu. N yang sibuk menoyoh kuali menoleh.

"Abuden! Habis ni hantu? Ngong! Ayah dah naik. Penat katanya.." Balas N tanpa melihat ke arah Nino.

Kuali yang sudah siap ditonyoh digantungkan. N mengelap tangannya di apron. Melihat N yang masih tercongok depan peti sejuk.

"Kau dah kenapa? Panas ke? Pegi la naik mandi."

"Hong ada kat luar."

"Ah~ k. Aku nak naik. Mandi. Tido. Esok kena balik jail. Huh~" Ujar N sambil menanggalkan apron dan disangkutkan di bahu.

"Kak..... heheheh..." Nino menahan lengan N dengan sengih yang bawa sejuta makna.  N menjeling. Nyampah! Aku dah agak dah..

"Apa dia? Hong belom makan? Nak ramyeon?" Tebak N sebijik kena. Lalu kena peluk dengan Nino yang busyuk masyam.

"Apa ni main peluk-peluk ni? Rindu mak we, kita pulak jadi mangsa.."

"Thanx."

"Untuk?"

"Ramyeon Hong."

"Aku tak cakap aku nak masak."

"And for being my sister."

"Older sister."

"Ah~ kau kecik. Nobody knows siapa older, siapa younger." Pfft~ ni yang malas nak layan lawyer. Buruk sangat rupanya kena kat kita.

"Dah la nak naik. Ramyeon Hong kau masak sendiri.."

"Ala ala ala... buchuk macham.. majuk ye.. ye la. Kau kakak aku.." Tubuh kecik N ditarik lagi rapat.

"Hoi~ lama giler kau kat da..... po......" Hong masuk menyerbu. Dan terus palingkan muka apabila ternampak adengan terlarang.

"Bro, tu ke kakak kau? Ke mak we kau tu?" Soal Hong. Mungkin dah sober. Sebab tunggu Nino lama sangat. Nino melepaskan N dari pelukannya. Kacau daun betul la Hong ni. Baru nak manja dengan N sikit. Hak tuih~ manja konon.

"N, Hong. Hong, N" Nino punya intro. Break the ice. Hong berpaling kembali ke arah Nino dan N. N sengih. Awkward. Hong betulkan rambut dan rupa yang agak sememeh.

"Hai~" N hanya tunduk. Pandang pun tidak.

"Kau bawak Hong tunggu luar. Aku masak ramyeon. Kau nak jugak tak?" Tanya N. sambil tangan mula mengapai segala perkakas. Nino senyum. Bila N gabra....

N.. Natalie Irsyad. Skinship fobia. Or perhaps outsider phobia. Sebab dia susah nak bercakap dengan orang laki selain ayah dan Nino. Dunianya bisu jika di luar. Tapi di Unique Ramyeon, N adalah N. the naughty one. Hampir orang kampung tahu, siapa N. Tapi, di luar. N seolah shut dunia luar daripada dirinya. Nino runsing bila mengenangkan N berperangai begitu.




Kembali mereka di pangkin,

"Hoi hoi hoi~ cantik punya kakak kau tak pernah introduce dengan kitaorang pun. Kuang hasam punya member.." Hong dan excitednya. Tak boleh nak dielakkan. Lagi-lagi berjumpa dengan perempuan.  Sampai lebam lengan Nino ditepuknya.

Nino buat muka. "Itu kakak aku. Suka hati aku la nak kenalkan ke tak.."

"Kenapa selama ni, kita lepak sini tak pernah nampak dia pun.." Hong curious. Hampir 7 tahun dia berkawan dengan Nino. Langsung tak pernah nampak dan tahu akan N. as Nino said tadi. Tentang Unique Ramyeon pun payah dia mengorek.

"Sebab... ayah aku simpan dia.." Pecah ketawa Nino. Hong terkejut. Lawak ke?

"And?"

"Ada la dia somewhere. Somehow yang kau tak perlu tahu. Kang habis kau stalk dia. Kesian kakak aku tuh.."

"Apa nak stalk orang nih? Bahaya nau Nino ni..."

Dengar suara N, Hong dan Nino terdiam. Dengar aje. Masing-masing berpandangan. N keluar daripada dapur dengan dulang berisi dua mangkuk ramyeon fresh. Panas. Sedapnya makan tengah malam ni.

"Jemput makan. Nino, aku naik dulu." Dan N pergi tanpa toleh buatkan Hong keciwa. Dari N keluar daripada dapur dia cuba mencuri lihat wajah N. Tapi separuh ditutupinya dengan topi. Dan N menunduk.

"Frust? Don't worry. She will take time to know you. As brother. She didn't commit for love." Nino mengingatkan. Hong mengeluh. Ada juga orang macam ni dalam dunia?

"Sambil makan, kau story what really happen between you guys kat sana.." Nino menukar rentak sebelum Hong bertalu-talu bertanya tentang N. Dia takkan suka-suki cerita tentang N, kalau N sendiri merahsiakannya.



No comments:

Post a Comment

Suggestion? Opinion?