Friday 14 June 2024

Saham Dosa??

 Bila diri sendiri berkonflik dengan inner side kau. Ada teguran yang perlu kau ambil berat. 


Berkongsi benda yang membuatkan orang lagha, leka dan lalai akan tanggungjawab sebagai hamba Allah? Mahu kau menjawab di sana kelak? 

.

Apa lagi cerita yang aku boleh kongsikan? Aku tiada keistimewaan. Aku juga tiada kelebihan. Apa suka bercerita, selain dari cerita aib dan teladan manusia di sekeliling aku, aku tidak punya cerita indah untuk dikongsikan. Ada juga iri hati pada mereka yang Allah kurniakan kepadanya kelebihan sentiasa punya idea berkongsi. 

.


Aku? Punya idea, bahkan setiap kali idea itu muncul otakku makin kreatif. Namun, apabila dia bertemu dengan perkataan 'TAPI' itu dan sebarang kemungkinan negatif, kadar peratus kreatif itu semakin jatuh dan terus negatif juga. 

.

Usah berfikir begitu, kata kananku. 

Habis harus bagaimana lagi aku lakukan? Bukan ada orang tengok pun, bidas kiriku. 

Kau buat kerna siapa Nur? Soal kananku lagi.

Jasad diam. Otak masih berfikir 

Aku buat kerna mahu hatiku gembira. Aku kongsi aibku kerana aku gembira. 

.

Nah....  Respon kananku. 

Apa kata Allah? Simpan aibmu, jangan disingkap sikit pun. 

.

Tapi... Protes jasadku. 

Kau itu terusan tapi... Keluh kanan. Bila mahu berubah Nur? Lama sudah kau begitu.. 


Air mata mula terbit di hujung mata. Aku juga mahu berubah... Aku tak kuat! 

.

Terduduk rohku di situ. Mengeluh dan teris mengeluh. Angan rohku dia sudah tervang bebas meninjau dunia seperti yang dia impikan. 

Bebas tanpa terikat apa pun. Hanya dia dan dirinya. Jika ada siapapun, mungkin adiknya. Yang punya semangat hidup lagi kental dari dirinya. Indah tapi malang, kefua kami kini terikat dengan namanya perkahwinan. Dirantai dengan rutin harian yang tak pernah kenal erti lelah. 1001 tugasan buat dirinya tanpa dihargai orang sekeliling. 

.

Kau kena belajar buat kerana Allah, kak long..  Ikhlaskan hati, redha bahawa semua ini ujian untuk kau. Syurga kan mahal? Pesan biras dengan senyuman. Walaupun jasad kaku di posisi masing-masing, hakikatnya kami sudah berpelukan sambil menyimpan cerita sendiri. 

.

Aku hidup di alam nyata Apa jua aku nukilkan, semua dari isi hati sendiri.  Anganku ingin menjadi penulis novel tak pernah lepas. Tatabahasaku juga cerca merba. Aku memang tak boleh berangan. Pasti ingin kucanangkan pada seluruh orang yang kusayang. Tiada siapa meletakkan harapan tinggi padaku, termasuk la diriku sendiri. 


Love yourself. Tutur bibir. Detik hati. 

.

Alehh, kau nak sayang diri kau yang gemok tu? Makan pun tak reti jaga.. Bisik si kiri lagi.

.


Lalu diam kembali. Penat! Penat dengan bicara sendiri. Siapa juga yang menyalahkan diri? Lalu.. Konklusinya apa. Kubuka drama,.mencari ilham. Atau short gateaway aku keluar dari overthinking. Dan, dengan itu, aku berkongsi la dengan orang.. 🙂 

.


The circle keeps going and never ending...

No comments:

Post a Comment

Suggestion? Opinion?