Showing posts with label S&I. Show all posts
Showing posts with label S&I. Show all posts

Monday, 29 June 2020

Suraya dan Ikbal 2

Suraya & Ikbal

2008, Disember

Pejam celik dah hampir setahun mereka berbalas pesanan ringkas tanpa bertemu. Bulan depan ulang tahun kelahiran Ikbal. Mahu juga Suraya mengirimkan hadiah buat lelaki itu tanda balasan hari jadinya diberikan teddy bear. Itu pun jadi pergaduhan kecil. Kerana Suraya berkenalan dengan Ikbal menggunakan nama samaran. Dek kerana itu, hadiah tersebut terkandas di pejabat pos beberapa hari. 

Sudahnya sebagai tanda maaf dia mahu membalas kembali jasa baik lelaki itu sudi menjadi pendengar a.k.a pembaca luahan hatinya. 

"Bro, kalau orang nak kasi ko hadiah birthday kan, ko nak hadiah apa?" Suraya berbasa-basi bertanya. 

"Kalau dapat kereta cun jugak ni." Balas Ikbal. Suraya sengih sendiri. Apak la orang tua ni. Tanya betul-betul jawab serius bebeno…

"Kalau kereta betul tak mampu ler… kereta menan buleh ka?" 

" Buat apa mainan, ko kasi la kereta betul baru aku hargai." 

Nokia 3310 dibaling ke tepi. Eh, gurau kasar pulak. Geram pulak hati kita. Setelah bertenang, Suraya mengambil semula telefon cap ayamnya itu. 

"Bro, kalau nak kereta betul sampai kiamat la aku tak mampu nak kasi." 

"Oh, ko nak kasi ke? Laa, dah ko tanya nak hadiah apa kan.. Mana la aku tau yang ko nak kasi…" 

"Dari ko, apa-apa pun aku terima.." Sambung Ikbal lagi. 

"Okay, kalau gitu bak mai alamat, nanti adalah apa je yang sampai tu. Ko la punya. Ha ha.." Taip Suraya dengan penuh kegirangan. Esok masa rehat boleh mula la mission cari hadiah untuk si Ikbal nih.



"HAPPY BIRTHDAY." 

"Thanks. Hadiah mana?" 

"Kau tunggu je. Ada la dia sampai kalo tak dirompak orang." 

"Jap. Aku tengah kerja ni. Nanti aku reply kau balik k." Balas Ikbal. Namun, sampai sudah tak direply. Suraya pun malas nak tunggu. 

Ikbal cukup baik melayan dirinya. Walaupun mereka tak pernah berjumpa, apa saja luahan hati yang diceritakan pada Ikbal, lelaki itu pasti membalasnya dengan gaya abang-abang gitu. Suraya tidak mempunyai abang mahupun adik lelaki. Apabila Ikbal menjaga dirinya, dia terasa sayang pada lelaki itu. Namun, dipendamkan dahulu. Baru setahun kot. 



2016, October.
Johor Bahru

Hatinya berdetak bunyi aneh saat melihat wajah Ikbal. Satu ketenangan yang tiada kata boleh diceritakan. 

Ikbal berdiri di bonet belakang saga putihnya, sambil menghisap rokok. Sh*t, aku pernah kata tak sula bebeno ler laki merokok ni. alahai hati…

"Lama dah ke sampai?" Suraya berbasa basi. Ikbal senyum. Luluh hati Suraya melihat senyum manis lelaki itu. Ciri-ciri Tall, Dark, Sweet pada Ikbal cukup membuatkan hati Suraya rebah tika itu. 

"Tak ade la. Aku baru je keluar merokok ni." Jawab Ikbal sambil mengambil beg galas Suraya diletakkan di bonet belakang. 

Suraya mengangguk. Terasa janggal. Pertama kali bertemu, setelah hampir sedekad berbalas pesanan ringkas. 

"Kau dah makan? Kalau belom, jom la cari tempat makan dulu. Tapi, aku tak tahu mana yang sedap. " Soal Ikbal memulakan tour mereka.

"Dalam bas tadi aku makan roti. Tapi, sekarang tak rasa nak makan." 

"Kalau gitu aku bawak kau pusing-pusing bandar JB dulu la.." 


Perjalanan sunyi. Suraya hilang kata. Terasa awkward gitu. Seperti mimpi juga ada ni. Kalau mimpi tolong la kejutkan aku. Tapi, dicubit pipi terasa sakit. Macamana ni? 



#Thanks for reading. Tak sangka pulak ada yang membaca. Blog ini untuk suka-suka meluahkan rasa hati. Kot-kot boleh jadi realiti. Ha ha 

enjoy reading! 

Monday, 27 January 2020

Suraya dan Ikbal

-1-

Perjalanan hampir dua jam ini seakan tidak dipercayainya. Dia bakal bertemu seorang yang tak diduga bakal menjadi peneman hidup buat selamanya. 

Lagu di mp3 dibiar bermain di telinga. Sambil otak ligat memikirkan bagaimana rupa dan reaksi orang yang bakal ditemui nanti? 

"Akak dah sampai ke?" Juniornya bertanya. Laju tangan menaip menjawab belum. 

"Sorry tau kak. Unexpected event pulak." Aminah, junior yang sepatut menemaninya untuk unplanned short vacay ini. Namun, gadis itu terpaksa mengubah haluan ke Kuala Lumpur kerana Ibunya yang sarat mengandung jatuh dalam bilik mandi. 

Sudahnya, Suraya meneruskan perjalanan ke Johor Bahru seorang diri. Dikentalkan hati, apa yang terjadi, jadi la. Janji dia jumpa seorang yang telah lama menjadi pendengar setianya. 

"Kau dah sampai belom?" Satu pesanan ringkas masuk. 

"Belum. Aku rasa baru lalu Pagoh ni." Suraya membalas. 

"Oh, jauh lagi. Nanti kalau dah masuk tol, kau text aku tau." Pesan Ikbal. Suraya membalas, "Okay. " Dan emoticon senyum. 

Dalam kepalanya, kalau jauh lagi boleh tidur. Ha,, jom la.


Sedar-sedar sudah melepasi tol dan sedang berada di kesesakan bumi Johor Bahru. Di mana dah ni? 

"Bal, aku tertdo la. Ni dah entah mana dah. Dalam jammed." Sambil menaip, mata Suraya menerawang mencari papan tanda. 

"Ha, dah kat Puteri apa ntah ni…" Sambung Suraya lagi. 

Tak lama kemudian Ikbal membalas. " Oh, tu dah dekat Skudai dah… Jap lagi sampai la tu. Aku gerak sekarang la." 

"Okay." Suraya akur. Dia apa tahu. Ini kali kedua dia jejak bumi Harimau Selatan sejak tingkatan satu. Itu pun dibawa teman sekelas yang entah ingat entah tidak akan dirinya. 


"Aku solat dulu tau, Kalau kau dah sampai, text. Nanti aku tunggu kat mana-mana ke." Pesan Suraya sebelum hilang dalam mencari surau di Stesen Terminal Larkin. 


"Aku dah sampai." Pesanan ringkas Ikbal dibaca. Laju Suraya bersiap. Risau Ikbal dah tunggu lama. Paling tak gemar jika ada yang menunggu, kerna dirinya juga tak suka menunggu. 

Baru keluar dari surau, telefonnya berbunyi. Nama Ikbal tertera di skrin. Dengan helaan nafas panjang, lalu Suraya mengangkat. 

"Kau kat mana?" Laju Suraya bertanya. dengan senyuman terukir di bibir. 

"Kau dari surau kan? Turun ikut eskelator tu, nampak pintu aku tunggu di situ." 

"oKay. Jap ye.. hehe.  " Suraya masih tersipu-sipu seperti sudah nampak kelihatan Ikbal. 

Allah SWT saja yang tahu perasaan Suraya tika itu. Teruja, risau, takut, gembira semuanya bersatu. Akhirnya, Ikbal, satu-satunya orang yang tak pernah dijumpainya sentiasa ada dalam hidupnya. Bagaimana jika Ikbal tak seperti dibayangkannya? Ikbal okay tak dengan dirinya? Kalau Ikbal tu tak seperti yang dia jangka, apa yang dia nak buat? Lari balik? Atau macamana? Suraya menggelengkan kepala. Seakan cuba menghilangkan segala andaian yang bakal membuat dirinya menyesal. 



0245, 2008, Bintulu. 

Dalam kegelapan malam, Suraya mengambil sebuah majalah Utopia yang bertingkat di almari. Majalah yang saban bulan wajib dibeli oleh dia dan Hana bagi mengisi masa mereka. 

Barisan nama-nama yang ada di sudut berkenalan dilihat satu persatu. Masing-masing meletakkan nama dan nombor untuk dihubungi.

Malam yang hening, patutnya berhubung dengan yang Maha Esa. Ini apa ni.. Suraya Suraya… 

Dalam dua tiga nama juga dihantarkan pesanan ringkas. Tanda ingin berkenalan. Tiada satu pun yang berbalas dalam kadar segera. 

Baik kau tidur je Suraya. Esok tolong mak kau buat roti. 

Telefon 3310 disorokkan dibawah bantal. Kepala dihenyak perlahan. Mata ni degil nak tidur. Tak ada siapa ke nak reply. 

Tiba-tiba punya renut deringan. Tanda pesanan ringkas masuk. Laju tangan Suraya mengambil 3310 dan melihat siapakah gerangan yang membalas. 

Senyuman lebar di bibir. Akhirnya. Ada juga yang sudi membalas. Lalu bersesi suai kenal la mereka sampai ke pagi. 

Kebetulan, EQ yang baru dikenalinya itu bertugas malam. Secara tak langsung dia menemani lelaki itu.