Saturday 16 January 2016

Part One

 "Yuu~ Apa kau buat ni? Aku suruh kau buat benda lain. Kau hancurkan pinggan aku?" Jerkah N mengejutkan semua isi dapur. Habis semua ikan jadi lesu dan sayuran mati kerana jeritan N. Yuu kaku sebentar.

"Hee~ apa salah saya?"  Yuu bertanya. Kurang faham dengan N. Dia cuma membersihkan sekeliling pinggan hidangan N sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Chef Ryu hanya memandang daripada jauh. Sedari semua itu berlaku.  Malas hendak masuk campur.




Seminggu yang lepas,

"Chef, hari ni akan ada seorang assistant chef akan masuk. Harap kamu dapat bantu dia untuk terus maju." Director Ike berpesan sambil memberikan fail berwarna biru kepada Chef Ryu.

"Siapa dia? Daripada restoran mana?" Soal Chef Ryu sambil membelek fail biru tadi.

"Natalie Irshad. a.k.a N." Chef Ryu berkata sendiri. Director Ike hanya mengangguk sambil meneguk air green teanya.

"Dia berpotensi besar. Cumanya...." Ayat Director Ike mati di situ. Keluhan kecil mengganti katanya. Dahi Chef Ryu berkerut. Sekilas dia memandang Director Ike sebelum meneruskan bacaannya pada fail N.

"Seorang yang hot temper. Keras kepala. Susah mendengar arahan." Tanpa berfikir panjang Chef Ryu mencampakkan fail N ke meja. Terkejut Director Ike kerananya.

"Orang macam ni susah nak dibentuk, Tuan.." sangkal Chef Ryu. Sungguh dia tak mahu orang sebegini rupa dalam dapurnya.

"Ya. Sebab tu saya suruh kamu bantu dia. Ubahkan dia. Lagipun, bagi saya, kamu sama saja dengan dia ni.." selamba Director Ike mengenakan Chef Ryu kembali. Chef Ryu terpisat-pisat mendengar. Menggaru kepala yang tak gatal.

"Tuan, saya bukan apa. Cukup la Wanza yang degil lagi pendiam tu dalam dapur saya. Takkan nak tambah lagi seorang trouble maker pula?" Chef Ryu cuba berunding dengan Director Ike.  Mana tahu Director Ike berlembut hati.

"Dia anak kawan saya. Ayahnya suruh saya serapkan dia mana-mana untuk membantu. Lagipun orang berbakat macam N, sayang hendak dibuang."

Chef Ryu mengeluh panjang. Kalau hitam dikata oleh Director Ike, hitam la jawapannya. Dalam mindanya membayangkan andai N ada di dalam dapurnya. Macam sekarang.

"Aku dah lap dah tadi. Yang kau lap lagi buat apa? Tengok kesan kain kau yang terbakar tu.. habis rosak pinggan aku.."

Yuu terpinga lagi. Hee~ bila masa kain dia terbakar ni? Eh, ni bukan kain dia. Berdesup matanya memandang ke arah Ope. Yang sedang khusyuk memandang pan pemangangnya. Yuu mendengus. Habis dia yang kena. Sedangkan...

"Maafkaan saya N.. Saya tak sengaja.." Yuu cuba untuk tidak memanjangkan cerita. Malas hendak dengar N membebel. Sedangkan kalau diikutkan, dia lagi senior daripada N walaupun dia muda setahun dari pangkat umur.

"Huish~ kau buang la pinggan tu. Aku masak baru je.." N beredar menyampah. Susah nak deal dengan orang yang suka menyibuk.

"Chef~ order untuk meja 9 dah siap belom?"  waiteress Agnes masuk bertanya. Chef Ryu memandang ke arah slip order.


Meja 9:
Spagetti Cinta - recommended by chef [New recipe]

"N, berapa lama lagi kamu perlukan?" Jerit Chef Ryu.

"5 minit chef!" Balas N dengan jeritan juga. Semua orang bersilih pandangan antara N, Chef Ryu dan Yuu. Sepatutnya order Spagetti Cinta itu sudah siap. Tapi... Semua hanya mengambil langkah untuk mendiamkan diri sebelum Chef Ryu meledakkan bom amarahnya.

"Kamu dengar dia cakap? 5 minit. Cakap dengan customer tu, 5 minit. Kamu bagi entree dengan customer tu dulu.." Ujar Chef Ryu dengan tegas. Agnes hanya mengangguk sebelumberedar ke dewan makan.



"Leo, berapa lama lagi nak tunggu? Makanan kami dah nak habis dah." Rungut Ravi tidak sabar.

"Dari jam 10 kita datang, takkan la sampai sekarang belum masak. Takkan pergi menyelam cari cinta kot?" Gurau Ken hambar. Leo hanya memandang sinis. Sedangkan ahli lain sudah terkekeh gelak dengan lawak Ken.

"Sabar la. Kalau korang nak balik dulu, balik la. Aku nak makan dengan tenang." Leo bersilang 
tangan dan memejam mata. Konon bertapa sambil menunggu makanannya. Ken, Ravi dan Hong mengeleng kepala. Hyung mereka itu, sangat cold hearted. Susah nak jangka.



"Chef! Siap." Jerit N sambil membawa pinggan hidangan Spagetti Cinta ke meja Chef Ryu. Setelah mencuba sedikit Chef Ryu mengangguk.

"Okay.  Boleh serve." Sambil tangan sebelah menekan bell memanggil waiter.

"Last order malam ni."  Chef Ryu meneruskan tugasan terakhir mereka malam ini. N kembali ke stesennya untuk memasak order seterusnya. Walaupun hatinya bengang dengan Yuu yang cuba nak sabotaj kerjanya, tapi dia gembira, kerana Director Ike dan Chef Ryu membenarkan masakannya sebagai new recipe "Spirited Vilage".



Leo senyum sendiri bila melihat waiter membawa hidangannya setelah semua ahli kumpulannya beredar meninggalkan dirinya seorang. Walaupun lambat, dia tahu pasti ada kisah di sebalik hidangan panas ini. Yang penting dia dapat merasa masakan di 'Spirited Village' yang menarik perhatiannya.

"Maafkan kami, kerana tuan terpaksa menunggu.." Waiter yang memakai tag nama Agnes berbudi. Satu point daripada segi layanan. Dua point daripada segi persembahan hidangan. Sementara tadi, sempat dia menganalisis 'Spirited Village' secara kasar.

Spirited Village yang berkonsepkan classical dan nature menarik minatnya untuk menjamu selera di situ selesai saja mereka tamat latihan. Selama ini dia hanya mendengar daripada Kyu yang mengatakan restoran ini hidangannya  boleh mencapai 5 bintang. Tapi apa yang terhidang di hadapannya ibarat makanan daripada syurga.

Tanpa membuang masa dia terus mengambil gambar makanannya. Agnes yang sekadar memerhati tahu pelanggan VIP ini berpuas hati dengan hidangan mereka.

"Kalau ada apa-apa tuan hendak tambah, boleh panggil saya di sana.." Agnes pamit memberi ruang untuk Leo menghayati hidangannya. Leo sekadar mengangguk.

"Bismillah.." Dengan suapan pertama membuatkan Leo senyum sampai langit. Rasanya yang unik, dengan daun parsley dan daun herbs yang mengharumkan hidangan. Leo hilang kata-kata untuk mengambarkannya.

"This is far from 5 stars. This is more than 5 stars. How could Kyu cakap tak sampai 5 bintang? Huh~" Leo membebel sendiri. Senyuman tidak kering dari bibir walaupun tengah mengunyah.



"Hayyen~ cuba kau tengok customer tu. Menghayati benar masakan si N tu.." Agnes mencuit bahu Hayyen yang sibuk tersenyum memandang pelanggan beredar. Hayyen beralih pandang.

"Agaknya apa yang diletak N sampai semua orang suka dengan Spagetti Cinta tu? Kau pernah rasa ka?" Agnes angguk.

"Tadi kat dapur, sepatutnya N dah siap hidang, tapi apa silap Yuu~ N buang masakan tu. Yang dimakan oleh customer tu, new one. And Yuu tak buang pun masakan yang konon reject tu. Dia suruh aku amek.. So, aku makan.. Wow~ macam nak suruh N masakkan untuk aku malam ni.." Agnes melalut bercerita dengan membayangkan N masak di dapur rumahnya.

Hayyen mengeleng kepala. Agnes, kalau berangan nombor satu. Hayyen mengfokuskan pandangan ke arah dewan makan. Ramai lagi customer belum beredar walau mereka hampir waktu tamat berniaga. Matanya menangkap salah seorang customer mengangkat tangan.

"Oi, customer VIP kau panggil. Nak ulas la tu. Jangan berangan lagi.." Agnes terpinga-pinga segera ke meja customer yang di maksudkan oleh Hayyen.

"Yes, Tuan. Ada apa yang boleh saya bantu?" Agnes memaniskan muka. Daripada tadi dia excited dapat serve customer VIP ni. Lagi-lagi customer nya itu merupakan artis terkenal.

Leo mengumur mulutnya dengan air suam. Selesai makan. Alhamdulillah. Tapi senyuman tak lekang dari bibir. Sungguh, Spagetti Cinta ini buat dia jatuh cinta dengan tukang masak sekaligus dengan Spirited Village.

"Can I meet your chef? Or perhaps this chef. Yang masak menu ni.." Soal Leo, bimbang dia keterlaluan untuk berjumpa dengan chef sedangkan Spirited Village seakan sudah tamat waktu perniagaan mereka. Nevermind, customer always right. Bisik Leo dalam hati.

"Wait a second, Tuan. I call them for you.." Pamit Agnes terus ke dapur. Dengan girang Agnes memanggil N.

"N~ customer nak jumpa kau..." Habis satu dapur dengan suara Agnes yang nyaring. Hee~ kenapa macam dah kurang dorang ni?

"N mana?" Semua angkat bahu.

"Macam biasa. Order dah habis. Dia blah la." Ope bersuara sumbang.

"Ope!" Chef Ryu menegur.

"Ada apa Agnes? Kenapa? Ada yang tak kena ka? N dah balik." Risau Chef Ryu andai VIP mereka tidak berpuas hati.

"Ala. VIP tu nak jumpa dengan yang masak Spagetti Cinta. Agaknya dah jatuh cinta kot.." Angan Agnes lagi. Ah~ Agnes, Agnes.

"Meh la saya jumpa dengan dia.." Terus Chef Ryu keluar ke dewan makan sambil diikuti oleh Agnes. Menuju ke meja VIP. Leo masih menanti dengan setia walaupun dia telah melangsaikan bilnya.

Senyuman Leo longgar apabila melihat Chef lelaki yang keluar daripada dapur. Sangkanya Chef yang memasak Spagetti Cinta itu adalah perempuan.

"Yes, Tuan. Ada apa yang boleh saya bantu? Ada kurang ka dalam hidangan tuan?" Terus Chef Ryu bertanya. Matanya melihat ke arah pinggan Leo yang sudah kosong. Licin tanpa kesan. Maknanya bukan sebab tidak menepati citarasa pelanggan ini. Tebak Chef Ryu.

"Kamu ke yang masak ni?" Soal Leo direct. Tanpa corner. Chef Ryu senyum. Betul lah apa yang dikatakan oleh Agnes. Pelanggan ini telah jatuh cinta dengan tukang masak Spagetti Cinta. Seperti mana dia mula menerima N selepas dihidangkan dengan Spagetti Cinta.

Chef Ryu senyum nipis. "Kami telah menghampiri waktu tamat perniagaan, Chef kami ada kekangan kerja, so dia dah beredar. Saya head Chef Spirited Village, Chef Ryu.." Tangan dihulurkan tanda perkenalan.

Leo senyum. Oh~ ni tukang masak yang bertaraf hampir 5 bintang tu. Desis hati kecil Leo. Hatinya sedikit berkecil hati dengan khabar itu.

"Tak mengapa. Lain kali saya datang lagi. Terima kasih. By the way, nice place here. Variety good foods, I'll think this place might be my favorite place.." Ujar Le sebelum pergi.

Chef Ryu hanya menghantar langkah pelanggan VIP mereka dengan pandangan. Agnes cengang. Hee~ tadi kata nak jumpa chef. Ni pergi macam tu je..

"Chef, dia cakap apa?" Soal Agnes. Ingin tahu. Chef Ryu hanya senyum.

"Rahsia between customer and chef."  Giliran Chef Ryu pula meninggalkan Agnes yang blur. Ah~ sudah. Kemas lagi bagus. Aku nak balik.

Chef Ryu mengeluh. Dia sendiri tidak dapat menafikan kebijaksanaan N dalam mencipta resepi yang baru. Namun, gadis itu terlalu genius. Berpontensi untuk menolaknya dari statusnya kini. Natalie Irsyad. Gadis yang pendiam tapi berisi.






No comments:

Post a Comment

Suggestion? Opinion?