Huh~ very tired!
Tubuh dicampak ke couch. Beg ditikam ke atas meja kopi
bersebelahan. Berserabut rumah macam hitariman punya rumah.
Nurul memandang siling dengan fikiran mengelamun. Seharian
dia menghabiskan masanya di rumah Aqmal. Kediaman pesakitnya. Elok pekerti saja
rupa Aqmal. Tiada kurangnya. Mungkin sebab dia fikir, isterinya telah kembali
ke pangkuannya. Tapi, apabila dia menyuara hasrat untuk pulang ke rumah pada si
ibu, Aqmal mula menyinga.
"You nak pergi mana?" Kosa kata Aqmal mula berubah.
Nurul menarik nafas sebelum dihela berat.
"Tak ke mana la. Saja nak ajak ibu keluar kejap. Lama
dah ibu tak keluar, kan ibu?" Soalnya pada si ibu mohon pengertian. Namun,
si ibu seakan juga tidak merelakan pemergiannya.
"Nanti-nanti la Intan bawak ibu jalan. Hari ni kan Intan
baru balik. Intan mesti penat.." Pujuk si ibu. Menghantar isyarat
boleh-duduk-sini.
Okay. Fine. Sudahnya sampai Aqmal tidur baru dia beredar. Itu
pun esok, seawal pagi dia kena bergegas ke sana semula. Takut Aqmal meroyan.
Takkan ini saja method yang ada?
How it's going?
Text daripada Dr. Harni dibuka. Long way,doc. Sangat jauh
lagi perjalanan dia. Dia juga tidak tahu bagaimana hala method yang ingin
digunakannya.
+ It's that the only method we have?
- What wrong?
+Puan Harya asked me to stay with them?
Tanda soal diberikan. Dia juga tidak mengerti, adakah itu
satu-satunya cara. Aqmal tidak mahu melepaskan hakikat yang sebenarnya. Dia
tidak mahu menerima kenyataan, Intan Zahida, isteri kesayangannya merangkap
flight attendant itu telah meninggalkan dirinya. Snap out, babe~
Sementara di sana, Dr.Harni senyum. Kakaknya sangat memahami
hasratnya. Dia juga mahu Aqmal menerima hakikat, tapi kenyataan itu terlalu
berat untuk Aqmal terima setelah bercinta dengan Intan hampir sedekad usia
hubungan mereka. Menghantar Nurul Khalis, doktor muda yang sentiasa berusaha
lebih daripada orang lain semenjak dirinya putus dengan Dr.Iqmal adalah jalan
yang terbaik. Nurul Khalis pasti akan berusaha sehingga pesakitnya sembuh.
Peratus untuk Nurul Khalis meninggalkan tugasnya untuk diambil alih oleh orang
lain sangat rendah. Walaupun dia tahu, peribadi dengan kerja tidak boleh
dicampuradukkan. Itu la satu-satunya cara yang dia nampak sekarang.
+Doc, are you still there?
Text daripada Nurul mematikan lamunan Dr.Harni. Lewat malam
begini, dengan 24hours on call, mindanya lelah memikirkan jawapan.
-Figure out yourself. Later tell me the progress.
Nurul mencampak smartphonenya jauh-jauh. Tertekan dengan jawapan daripada
Dr. Harni. What? Figure out myself? Stay there? Being crazy like Aqmal?? Of
course not.
Kakinya menendang hujung couch. Huwa~~~~ Umi!!! Nurul nak
balik. Nurul tak mau jadi doktor gila lagi. Itu yang Uminya selalu kata.
"Kawu ya, iboh jadi doktor gila bah. Masalah kawu lagi
settle, ada hati mok settle masalah orang lain.." Marah Puan Aine pada
hari dia diterima kerja di Hospital Kuala Lumpur. Setelah sebulan bercuti sejak
graduation, dia dipanggil untuk lapor diri di Hospital Kuala Lumpur. Of course
dia suka, akhirnya dapat kerja tetap.
Terkikih adik beradiknya yang lain mendengar Puan Aine
memanggil Ngah mereka doktor gila. Mana tidaknya, kenyataan yang dikatanya Puan
Aine itu lagi kelakar daripada daripada gelaran yang diberikan.
"Korang sedap je kan ketawa.. Orang jadi ni sebab suka
nak tolong orang lain.."
"Eh~ iboh ja kedak ya. Tolong umi pun susah.."
Menambah garam dalam kata. Mula la tu. Mula-mula sari berita penting. Kalau
Puan Aine dah bukak hakikat balik-cuti-tak-reti-nak-tolong, baik diam.
Al-kisah sebenarnya, Puan Aine terkilan. Anaknya dipanggil
lapor diri di Hospital Kuala Lumpur. Kenapa tidak dekat Hospital Miri saja?
Tidak pun setakat dalam Bumi Kenyalang, sekurang-kurangnya mudah anak itu untuk
pulang. Kenapa mesti tanah semenanjung juga yang dia dapat? Hati ibunya risau
perihal anaknya yang tidak tentu di Kuala Lumpur sana. Bukan dia tidak tahu
Kuala Lumpur tu bagaimana situasinya. Acapkali menjejakkan kaki ke sana,
hatinya tetap tidak mengemari menjadikan Kuala Lumpur sebagai tempat tinggal.
"Ala, umi. Nanti kalau orang dapat cuti orang balit
la.." Nurul memujuk. Faham sangat dengan kerisauan Puan Aine.
"Mun kawu dapat cuti.. Doctor tok bukan robot kah? Susah
alu mok dapat cuti?"
"Bena ya, umi.. Mun sekali dah dapat job, dapat case..
Susah alu mok lepaskan dirik.." Celah Ida. Adiknya yang kini bertugas di
Sapura sebagai MIS. Nurul menjengil mata.
"Diam la. Nanti kalau orang dapat cuti, konfem la orang
balit.." Nurul menyakinkan Puan Aine. Sebolehnya dia mahu job di sana. Dia
tak kisah lah di mana pun diletakkan, janji dapat kerja. Zaman sekarang apa
kira, banyak saja graduan yang menganggur. Dia tidak mahu disebabkan hal rumah
saja, dia tidak dapat kerja di mana-mana.
"Mun kawu sik balit.. Belanja umi tiket ke sinun.."
Kata putus daripada Puan Aine yang menyebabkan Nurul memeluk ibunya sakan.
Akhirnya~ finally kata orang putih.
When you tell me I'm a wreck
You say that I'm a mess
How could you expect anything less?
You latched onto me then cried that I strung you along
I told you when you asked
I knew this wouldn't last
At least I could be honest about that
And now you're telling everyone
How I only did you wrong
I guess you never knew me at all
Berulang kali suara David Ryan menjerit minta diangkat. Nurul
menggaru kepala yang masih dibungkus dengan tudung. Eh~ aku ni tak mandi ke
tadi? Bahana si Aqmal, balik terus tidur. Ish ish~ apa punya anak dara. Kensel
nak ambik jadi menantu.
Sekian kali si David Ryan menjerit 'Tell Me I'm A
Wreck" . Ye ye~ kejap la.. Smartphone yang dicampak tadi digagau. Mana
la dia pergi ni.. Ha~ jumpa pun.
"Assalamualaikum~" Suara sengau dengan tak cukup
kalsium menyapa.
"Waalaikum salam," Suara tak semengah dia menjawab.
Malasnya.
"Anak, Aqmal mengamuk. 'Intan' lari lagi.. "
Terus bulat mata Nurul. Eh~ bukan tadi dah makan ubat ke? Of
course dia stay sleep till morning, but why??
Tegak duduknya. Cemas menguasai hati. Macamana pulak jadi
lagu ni? Apa ceq nak buat? Takkan tengah malam, kejap. Tengok jam. Matanya
mencari jam tergantung di dinding ruang tamu.
0306.
Mak aih~ pak cik.. nak meroyan pun tengok la jam.. Nurul
menggaru kepala lagi. Nak buat apa ni? Dr.Harni. Sebaris nama itu hadir di
minda. Brilliant! Smart jugak.
"Puan, saya telefon Dr.Harni. Nanti sekejap lagi saya
sampai. Tengokkan Aqmal.." Pesannya sebelum meletakkan panggilan.
Letak saja panggilan daripada Puan Harya, nombor kecemasan
Dr.Harni didialnya. Doc, please. I need you~
"Hello!"
"Assalamualaikum, doc. Where are you?"
"Still hospital. On call. Why?"
"Aqmal. Upset of me being away. So, sekarang dia tengah
meroyan. Kasihan Puan Harya.." Nurul cuba menjelaskan keadaan.
"Awak singgah hospital dulu. Pastu awak ke sana..
Cepat!" terus panggilan dimatikan. A what?? Nurul tergamam sebentar.
Singgah hospital dulu? Omaigad~ Home-HKL-BB??? I tak suka nak
drive memalam ni.. Nurul merengek sengsorang. Hish~ Nurul cengeng sangat na~
Dah hang nak jadi doktor, kena la bersedia dari masa ke semasa. Aku dah la tak
mandi lagi. Yadoi~
Dalam hati tak rela, tubuhnya bergerak ke almari. Mengambil
baju yang sesuai, pakaian dalam, barang-barang keperluan yang lain sebelum
'terjun' ke carpark. Istilah terjun paling sesuai digunakan pada masa itu.
Memang dah tak jejak tanah dah.
Baru melepasi tol, Dr.Harni menelefonnya sekali lagi. Handset
dipasang.
"Where are you?" Suara risau Dr.Harni menyapa.
"On my way. Baru lepas tol."
"Cepat. Kak Harya dah risau sangat-sangat dah. Dia cakap
you going out somewhere.."
"Okay. I'm on my way.." Handset dimatikan. Adeh~
jadi pemusafiran lah dia ni.
10 minit tiba di HKL. Dr.Harni menanti di pintu utama. Dengan
ambulans. A what again?? Doc, are you serious?? An ambulance?
"Why?" Itu soalan yang keluar dari mulut Nurul.
Lain yang hendak ditanya lain pulak yang terkeluar.
"I thing he need to come here. We need to pantau him all
of time." Terang Dr.Harni. A great decision. Brilliant! Kenapa tak sebelum
ni lagi? Detik hati Nurul. Sedikit sakit hati.
"Why again?" Soal Nurul perlahan. Bimbang kena maki
juga dengan Dr.Harni ni nanti.
"Before that, can you lead the way.. We are moving
there. Kak Harya can't hold him forever.." Tungkas Dr.Harni sebelum
menjawab soalan Nurul.
Ah~ Aqmal. I forgot that guy. Poor patient, dapat doktor
pelupa macam dia. Tanpa bantahan dia mengetuai misi mengambil Aqmal daripada
rumah untuk ditahan di HKL. Kalau semua benda dilakukan awal, tiada juga dia
terjebak dalam penipuan aku-bini-aqmal ni.
Aqmal mundar mandir depan pintu. Menunggu kedatangan
'isteri'nya yang dikatakan keluar beli barang sekejap. Apa beli barang tengah
malam? Tahu la NSK buka 24/7, tak payah la sampai tak boleh tunggu pagi besok.
Bahaya!
"Ibu kenapa tak tahan dia dari pergi?" Jerkah Aqmal
membuatkan Puan Harya terdiam. Sedikit hati tuanya merasa menjauh. Namun ,
dipujuk kerana anaknya masih sakit.
"Ibu tidur tadi. Mana ibu tahu dia keluar," bohong
si ibu. Risau juga hatinya melihat tingkah Aqmal. Tambah risau juga apabila
menerima pesanan ringkas dari Dr.Nurul menyatakan bahawa ambulans dalam
perjalanan.
"Aqmal, cuba kamu bawak duduk. Naik pening ibu tengok
kamu ke hulu ke hilir.." Pujuk Puan Harya.
"Aqmal takkan jadi macam ni kalau ibu tahan 'Intan'
daripada pergi.." Mata Aqmal memandangnya tajam. Puan Harya menelan air
liur. Anaknya mula bersifat agresif. Dia memandang sekeliling mencari
kemungkinan Aqmal mencederakan dirinya sendiri atau dirinya jua.
"Ya, Ibu salah. Dah 'Intan' cakap dia nak beli barang,
pastu nanti dia balik.. Ibu izinkan la.." Puan Harya cuba untuk membela
diri. Mana tahu berjaya untuk pujuk Aqmal.
"Lain kali, kalau bukan dengan Mal, jangan bagi dia
keluar. Kalau tak, jadi macam ni. Tak tahu jalan balik.."
Sesi gaduh-bela diri Puan Harya dan Aqmal sepi. Mata kedua
menangkap bunyi kereta menghampiri laman rumah. Laju Aqmal berlari keluar.
"Intan!" Sebaris nama itu dilaungkan. Nurul yang
baru keluar kereta dan diiringi dengan Dr.Harni serta pembantunya kelu sebentar.
Dr.Harni memandang Nurul mohon penjelasan.
"Intan?" Dr.Harni bertanya. Nurul diam tanpa kata.
Aqmal menghampirinya lantas memegang tangannya kejap.
"Intan ke mana sayang.." mata Aqmal pandang tepat
ke dalam matanya.
Nurul kaku. Kanan kiri mohon tindak balas daripada dirinya.
Puan Harya keluar dengan memeluk tubuh. Hanya mampu memandang daripada jauh.
"Intan kenapa dengan ambulans ni? Intan sakit ke?"
Nurul mengeleng. Tangan Aqmal dipegang. Pembantu yang lain bersedia untuk
sebarang kemungkinan. Dr.Harni memandang kakaknya dan drama sedang dimainkan
anak buahnya.
"Look.. We need to go to hospital. You need a
treratment.." pujuk Nurul.
"How come I need a treatment? I'm not sick.." Aqmal
menolak. Dia kelihatan gusar. Tangan Nurul masih digenggam erat.
"I don't need a treatment. I just need you beside me.
That's it.." bentak Aqmal bila Nurul cuba berdiplomasi lagi.
Dr.Harni menghampiri. "Look, dear. She not your wife.
Intan was run away, darling."
Sebaris ayat Dr.Harni menyebabkan Aqmal sentap dan mula
menyinga. "She what??? She is here. She is Intan Zahida, my wife.."
Tubuh Nurul dipaut ketat hampir dengan tubuhnya. Seolah tidak mengizinkan
sesiapa untuk mengambil Intan Zahida daripadanya.
Pembantu-pembantu mula bersiap menghampiri Aqmal dan Nurul.
Parah dibiar berlama. Aqmal mula bersikap agresif. Nurul dijadikan perisai
untuk mengelakkan dirinya ditangkap oleh pembantu perubatan. Nurul di
tengah-tengah pening kepala ditarik ke sana ke mari.
"Doc, do something.." Rayu Nurul pada Dr.Harni.
Semuanya menjadi huru-hara. Dr.Harni mati kutu. Puan Harya sudah basah wajahnya
kerana risau doktor muda yang dijadikan orang tengah oleh Aqmal.
"Aqmal!" Jerit Nurul satu oktaf. Sakit benar
tubuhnya ditarik ke sana ke mari. Menjadi perebutan antara Aqmal dan pembantu
perubatan.
Kedua pihak berhenti sesi tarik menarik. Terkejut.
"Why dear? Are you hurt?" Rasa macam nak cucuk saja
biji mata Aqmal apabila telinga Nurul menangkap soalannya.
"Are you hurt, you asked me?? Of course yes. Ingat orang
ni patung ke nak tarik-tarik? Awak
berdua ni dah kenapa tarik saya juga?? Yang nak dibawa dia ni..." Sergah
Nurul. Kedua pembantu perubatan itu hanya menikus.
Idea tak bijak sungguh dibuat nak bawak pesakit ke hospital.
Cuba la bagi sedative injection dengan si Aqmal ni ke, tarik si Aqmal ni
daripada dia ke. Ini tidak, dia yang ditarik sampai tangan nak tercabut. Siapa
pesakit sebenarnya?
"I'm so sorry.. I tak nak ke hospital. I don't need a
treatment. I just need you.." Rayu Aqmal dengan muka simpati.
"But you are sick. Please. We need to go to hospital, do
a check up. If you don' t, I bawak you balik. Kalau tak, you will stay for
awhile at hospital.." Ucap Nurul senafas. Kalau dicakap lembut tak dengar,
meh sikit kita berkeras.
"Okay.. But I want go with you. Don't want with that
car.." Sumpah suara Aqmal yang macho itu berubah macam suara budak lelaki
sembilan tahun.
Aqmal tidur selepas diberi sedative injection . Dr.Harni dan
Puan Harya berpelukan sesama mereka. Nurul menjadi pemerhati pada mereka berdua
dan juga 'suami' yang sedang nyenyak dibuai lena.
Fikirannya melayang mengingati sebabak drama yang dibuat
Aqmal sebaik saja mereka sampai ke HKL. Mati-mati Aqmal tak mahu turun daripada
kereta. Denied yang dia sakit. Jenuh mereka memujuk sampai dia bersikap agresif
memaksa Nurul memberi dose midazolam injection
kepadanya.
Wajah tenang Aqmal direnung. Apa
sebenarnya berlaku between you and her? Kenapa dia tinggalkan awak? Soalan demi
soalan menerjah minda Nurul menyebabkan dia bermonolog sendirian. Dalam diam, mengharapkan ada hari cerah buat
pesakitnya itu.
No comments:
Post a Comment
Suggestion? Opinion?